Islam Agamaku

Friday, January 7, 2011

CONTOH SUBJEK ADAB DAN AKHLAK ISLAMIYAH (Tahun 1)

 
Konsep Keibubapaan

-       Kasih sayang merupakan tunggak kepada ketenangan hidup dalam keluarga
-       Ibu bapa ialah org yang paling rapat dgn anak-anak dan merupakan org bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak hingga dewasa
-          Pengorbanan ibubapa amat besar. Anak wajib taat kepada ibubapa

-      Dalil al-Quran;

Maksudnya:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).



Sebab-sebab wajib berbakti kepada kedua ibu bapa:


Kalau kita  berbakti kepada ibu bapa Allah ;
- Akan beri ganjaran pahala dan ampunkan dosa
- Suka dan reda kepada orang yg berbakti kepada ibu bapa
Kita juga wajib berbakti kepada ibu bapa kerana;
-       Amalan ini tuntutan agama
-       Untuk kita membals jasa ibu bapa kita
-       Supaya anak kita akan berbakti kepada kita pula
-       Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan



TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA
  1. Berdoa dan memohon ampun untuk mereka
  2. Berbuat baik kepada rakan mereka
  3. Berbakti kepada mereka pada  bila-bila masa
  4. Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak

ADAB TERHADAP IBU BAPA

PERCAKAPAN


  1. Merendahkan suara dihadapan mereka
  2. Bercakap dgn hormat dan sopan santun 
  3. Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi 
  4. Menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap
 
 
 
PERGAULAN


  1. Berdiri untuk memberi hormat kpd mereka
  2. Mencium tangan mereka  sebelum ke sekolah dan sebelum tidur 
  3. Jangan mendahului mereka ketika menjamah makanan 
  4. Jangan melunjurkan kaki ke arah mereka ketika duduk


KESAN BERBAKTI KEPADA IBU BAPA;


  1. Mendapat keberkatan hidup
  2. Disayangi keluarga
  3. Mendapat ganjaran pahala
  4. Ikatan keluarga bertambah kukuh
  5. Mendapat balasan syurga di akhirat
 
 
AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA

  • Kehidupan tidak diberkati Allah
  • Mengancam keharmonian masyarakat 
  • Dikenakan azab neraka di akhirat
 
 
Penghayatan

  1. Patuh dan taat kepada ibu bapa
  2. Berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa selepas solat
  3. Berbakti kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya





LATIHAN
  1. Nyatakan konsep keibubapaan menurut Islam
  2. Senaraikan tiga sebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa
  3. Terangkan cara berbakti kepada ibu bapa
I.             semasa mereka hidup
II.           semasa telah meninggal dunia
  1. Huraikan dua akibat anak yang derhaka terhadap ibu bapa
  2. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kasih sayang kedua-dua ibu bapa

 
 
 

No comments:

Post a Comment